Showing posts with label merantau. Show all posts
Showing posts with label merantau. Show all posts

Sunday, April 5, 2020

pantai melawi


hi. ambik gambar adalah salah satu perkara kegemaran aku. sejak aku guna phone pixel ni lagi la aku suka sebab gambar yang aku shot nampak lebih clear and ada fokus berbanding phone aku yang dulu, oppo neo 7. oppo neo 7 kamera dia pun lawa dah cuma tak ada fokus. banyak dah gambar2 menarik aku shot masa guna phone dulu. nak beli kamera dslr kan tak mampu. kalau mampu pun kene belajarlah cara nak guna. aku pernah try shot guna kamera kawan aku. susah jugak sebab kene setting sendiri. kalau guna phone, senang sikit kalau nak setting, sekejap sahaja sudah siap.

so, gambar ni adalah gambar masa geng2 housemate aku (14 orang) buat family day kat pantai melawi, bachok, kelantan.  aku kasi edit sikit guna aplikasi A Color Story. app ni aku dah lama guna, and yes filter dia aku beli dulu. tapi haritu aku terjumpa link kat youtube jadinya semua filter aku dapat download secara free haha.




tengah hari buta main pantai memang balik tuh terbakor habis muka semua haha. apo tidaknya best duduk kat pantai ni. bila lagi nak bercuti macam ni kan. lepas ni semua sibuk dengan esaimen. and ni last sem aku duduk kat fakulti. sem 7 dan 8 aku buat latihan industri dah. tah mana lah aku kene campak. takut pikir. zaman2 corona ni.


so aku edit nak bagi nampak pasir kuning tu jadi macam peach gituh macam padang pasir but yeah kalau tengok kat instagram a color story, memang lawa2 warna vibrant jadinya lepas edit dalam app ni. so far aku suka guna app ni berbanding adobe lightroom sebab senang nak edit dan x benak macam lightroom. XD


k, bai

Thursday, June 14, 2018

Trip Travelogue to Pantai Penarik, Pantai Mangkuk dan Pantai Rhu, Terengganu, Malaysia

hola, 

untuk subjek teknik persembahan visual sem 2 ni aku banyak belajar pasal gambar, video, fotografi. kos ni bagus dan kelas pun rilek chill je pensyarah yang mengajar tu. makanya tak de lah gua stress tahap cipan seperti subjek yang lain. esaimen subjek ni pun mudah je best pulak tuh dapat pegi bercuti. hahaha. buat video travelogue. kawan aku dah upload kat youtube. hahaha. tak tergamak aku nak tengok muka sendiri. hemm. 

kumpulan aku pilih untuk pergi ke pantai di terengganu. best giler weh sampai sini. air biru. tenang je. dah lama aku tak tengok laut. hemm.

 

terima kasih kepada aku sendiri sebab semua gambar dan video kebanyakannya aku yang ambik hahahahaah. gambar diatas diedit menggunakan aplikasi a color story.  via ; oppo neo 7 camera smartphone

 PANTAI PENARIK

 

ni kali pertama aku singgah ke pantai penarik. masa tingkatan 6 dulu aku dah sampai sini masa rombongan ke unisza tapi tak singgah kat pantai. tapi pantai penarik sumpah lawa. perjalanan ke terengganu kira jauh jugaklah sampai-sampai kira-kira pkul 12 tengahari. sakit gak tulang pinggang aku duduk dalam kete emm. 

siap makan seafood terengganu macam biasa ler tak sah tak singgah tganung kalu dok ghase colenk ye. udang nga sutong celup tepung sedap hemm. tapi kesian tak sempat aku nok shoot gambor. hemm. lapor weh mase tuh.



 

aku siap bawak balik kulit siput sebagai kenangan ke pantai penarik. 


 

air dia memang lawa betul. sedih tak dapat mandi hahaha. peye la nok mandi tengoh hari buto nih hahaa

 

PANTAI MANGKUK

 

pantai mangkuk ni bersambung-sambung je pantai dia. pantai sama je. pantai ni cam sunyi tak dak orang sangat maklumla dah zohor. ada nelayan kat laut tu.


 

mangkuk ni sirius paling lawa tempat shoot.






 PANTAI RHU

 

pantai terakhir kami pergi kat pantai rhu. ramai jugak orang kat sini. siap ada geng konvoi moto besar. kat sini cam banyak pondok buluh. dan paling sadisnya banyak sampah kat sini. hemm. 




balik tuh memang terasa letih tapi bila tengok gambar, berbaloi dengan wang yang telah dihabiskan. pengalaman dan kenangan tu penting. sebelum balik kelantan, kami singgah kat sata roll? sedap sata dia letak dalam kulit popia. hemm. tganung memang sedap ah makanang kepok, sata hemm.