Saturday, July 17, 2021

Projek Tahun Akhir

salam, 


aku akhirnya dah habis tempoh pengajian aku sebagai seorang makhluk yang amik ijazah teknologi kreatif, bidang textil dan fesyen. masuk umk bachok sejak tahun 2018 tak silap aku lah hahaha. 4 tahun baru habis. lama sungguh. ni kalau aku simpan rambut mahu panjang sampai ke kaki nih. 


so untuk projek akhir aku atau kajian tesis aku, aku buat tajuk pasal baju plus size. aku sebenarnya takde idea weh nak buat tajuk apa, mujur ada lecturer atau sv aku yang membantu hmm.




inilah dua rekaan baju aku. subject matter aku pilih rama-rama warna biru sebab warna dia cantik & ada gradient. 




kalau tengok warna rama-rama ni ada gradient warna hitam sampai biru muda tapi aku hanya jumpa kain gradient hitam ke biru gelap je. sedih jugakla kat situ sebab kalau sampai ke biru muda tu lagi nais rasanya. 


baju aku ni semua jubah ready to wear. habis simple aku design sebab aku takut susah nak buat pola memandangkan aku jahit dan siapkan semua ni kat butik tempat aku li haritu. time buat pola ni memang kene marah lah dengan bos sebab aku tak faham nak buat pola nyampah gila. yelah, masuk kos mula sem 3 lepastu belajar jahit sem 4 sampai sem 5 je. sem 6 kene kovid. bila masa banyak menjahit dan buat pola dulu pun lecturer yang bantu. hahaa


kawan aku yang buat baju pengantin tu siap menangis sebab banyak buat salah lepastu bos marah-marah aishh. mujur dah habis li situh.


habis kira-kira 200 ringgit jugaklah untuk semua ni sekali dengan kain terpaksa beli 9 meter sebab aku buat saiz 2xl. jahit manik lagi. satu jubah ni aku boleh siapkan dalam masa 1 hari setengah atau 2 hari masa bekerja XD. laju sebab jubah ni banyak jahit straight je XD cuma bahagian lengan tu aku suruh kawan aku jahit sebab aku tak reti nanti jadi buruk dan kedut.



baju 1 


baju 2


dah siap maka kita bagi model pakai. baju ni labuh kot tapi model aku pulak rendah, saiz baju dah ok. mana nak cari model yang tinggi-tinggi zaman corona nih





ni pulak adalah close up baju







sebab tak puas hati sangat tak jumpa model yang sesuai, akhirnya aku cilok model internet dan lukis desain baju aku balik XD




jadi nampak ok lah sikit kan 

kbai, harap dapat grad lah aku tahun ni konvo tak tahu jadi ke tak sedih btul

Thursday, July 8, 2021

Cruella's 2021 outfits

 salam, lama kot tak menaip kat blog haha. ada je aku bukak tapi malas pulak nak menaip, wifi ada tapi sibuk dengan life yang bosan ini. hmm.

aku dah tengok cite cruella 2021 ni haritu. bos kat tempat keje aku tunjuk cite ni kat netflix dia, dia kata best. balik tu aku cari la cite ni kt internet, dah tengok sekali macam best, ulang kali ke berapa entah sampai malas dah tengok sebab nak muntah XD

apa yang menarik cite ni ialah rekaan baju cruella dan baronness tuh. siyesli terbaik movie nih aku bagi 4.5 per 5 bintang. sila kutip sendiri hoho

sebab haritu sibuk dengan projek penyelidikan /fyp aku, lama jugak nak siap tambah-tambah baju cruella banyak namampus ye dalam cite ni. tu baru baju cruella belum baju estella T..T mati aku kalau aku lukis semua hahaha


jadi kat sini aku dapat lukis semua ya semua baju yang cruella pakai sahaja XD


bapaks lama nak siap ni. mula 28 jun, dan baru siap kelmarin, 7 julai sekali dengan background haha. terpaling lama aku buat nih sebab baju dia banyak gila.


ni plak antara baju yang aku suka ;3

apapun aku enjoy je lukis baju-baju dia semua sebab nais. 

bais

Sunday, February 21, 2021

Menanam Kawan Hijau

halu~

lepas aku dah balik rumah, kemas sikit barang rumah nih, aku terpikior pulak nak menanam. dalam kepala aku cuma pikir pasal nak tanam bunga, buah tak nak sebab lambat? lagipun buah kene jaga lagi lama rasanya. spisis kaktus dan succulent pun tak nak jugak sebab kecik? XD

maka, aku pun suruh adik aku beli benih bunga, dirembatnya bijik bunga carnation dengan youth-old-age ape ntah nama bunga gituh XD

LAMA LETAK DALAM PASU, jirus air 2 kali sehari tak tumbuh2 jugak. fedap aku, malu jab sebab tak tumbuh. mungkin salah teknik aku atau mungkin benih tu dah tamat tempoh atau mungkin jenis bijik yang lambat nak tumbuh haih, aku pun buang ler XD

lepastu aku tengok bijik dalam shopee, bapak banyak duh bijik. aku suka bunga matahari sebab dia besar, dia kuning, erh 

Maka aku beli lah bijik bunga matahari 2 jenis, pansy, gypsophila ke nama lain dia baby breath, balsam, morning glory dengan periwinkle duh nama dashat sungguh. dengan tanah untuk menanam skali aku beli sebab tanah sini byk cacing 

setelah sehari en, bijik bunga matahari dengan morning glory tumbuh weh. fuh suka betul tengok akar dia tumbuh panjang. menjadi jugak tanaman aku ingatkan tangan aku ni kene sumpahan dah XD

paling laju tumbuh mestilah pokok morning glory, tiba2 panjang. aku tanam semua start 16 hb feb. harini dah 21 feb XD

yang tak tumbuh2 smpai hrini bijik pansy, oil sunflower dengan periwinkle. tengoklah 2 minggu lagi ke, kalau tak tumbuh jugak aku bakor hmm tak pun aku buang je atas tanah luar rumah ni. 


pokok balsam



pokok gypsophila. lama nak tumbuh, hari ke 3 ngan 4 baru nampak akar weh.



pokok matahari, fuh sekejap je dia panjang kat tengah tu


kelmarin dulu macam ni je XD


pokok morning glory kat luar dah sebab makin lama makin panjang XD 

gembira lah sikit dapat tengok pokok ni tumbuh. lagipun masa free banyak sekarang. dari duk tido tu menambah kolesterol baik aku menanam hmm. ni in shaa allah aku nak rembat lagi bijik bunga matahari sebab dia banyak jenis kan, lpstu bijik bunga ros merah, 

haih bila uwang nak masyuk T,,T

kboi

Tuesday, February 9, 2021

24|2021|6-2|15

 salam, 

dah lama aku tinggal blog, selalu je tengok2 tp x menaip ya sebab lama sangat aku duduk kat hospital. 

6 februari, sabtu haritu mak aku dah kembali kepada penciptanya. alhamdulillah baik2 sahaja cara pemergian mak aku tu. moga dia berada dalam kalangan para anbiya, solihin. 

mak aku tahu2 je kene kanser ovari tahap 4. dah berjaya buat chemo satu kali. tapi, lepas tu, banyak masalah dia kene. sebelum chemo tu pun dia dah masalah la, keluar najis hitam lah hijau lah. tak tahulah apa aku nak buat masa tu. doktor2 pun tak dpt sgt tolongnya.

sebelum ni pun masa bulan 9 gitu aku tengok perut dia makin membesar tu aku memang dah rasa mak aku ni akan hidup tak lama la gitu. masa dia sihat dulu pun dia ada cakap, sampai umur 50, go out. 

ya lah, tuhan bagi mak aku hidup lama setahun je lagi. 

selama 45 hari ke tak silap aku mak aku dalam wad mawar tu. misi2, doktor2 semua kenal lah en. doktor2 besar tu semua selalu melawat tiap 5 hari seminggu. dengan aku pun diorang tanya macam2 XD

ada yg kata aku budak sekolah lagi lah, sekolah menengah lah, sekolah drjah berapa lah ahhahaha lawak sungguh la 

sungguh aku takkan lupakan pengalaman aku duduk kat hospital, dalam wad selama sebulan lebih ni. tu lah, pergi dengan mak, balik rumah, tahu2 je tanpa mak XD

keluarga mak aku alhamdulillah ada ngn mak aku sampai akhir nafas dia haritu, lepas tu, yang urus misi2 dalam wad tu jugak, doktor dalam tu jugak, cuma ada terkilan sikit sebab tak sempat nak jumpa doktor2 besar yang melawat hari ahad sampai khamis tu en. diorang selalu usik mak aku.

jenazah mak aku pun aku adik beradik dengan mak pak sdare aku yang tolong pengurus mayat mandikan jenazah kat bilik forensik sampai tanam semua alhamdulillah urusan dipermudahkan gituh.

jiran2 sebelah katil mak aku pun baik weh siap mintak no wasap tanya khabar aku. jiran2 semua tu baik siap buat tahlil doa selamat. masa mak aku sakit dulu diorang buat solat hajat. 

tapi alhamdulillah jugaklah ada kucing tak takut sangat aku tido malam2. aku kan tido ngan mak aku sejak arwah abah aku meninggal tahun 2010 sampailah saat akhir nih. hmm. takut lah aku nk tido sorang2. haih.

bai hospital, misi, doktor, pekerja radicare, pesakit2 wad mawar, pekerja yang kerja kat hospital, terima kasih atas kebaikan anda selama ini, saya doakan anda bahagia hidup dunia dan akhirat. aamiin. kalau ada rezeki, boleh jumpa lagi, in shaa allah

;)