Wednesday, June 7, 2023

Menghilang

 salam,

dah lama tak buka blog. tak sangka lama sampai macam ni dah hampir dua tahun tak update sebarang entri blog. sebenarnya ada saja melawat blog sendiri tapi tak update sebab tiada kesempatan. kehidupan banyak jugak yang berubah nak nak sekarang dah bekerja. kurang masa lapang berbanding dahulu. agak sedih tapi tidak mengapa. malam ni berkesempatan lagi menaip. 

sungguh aku rasa perbezaan masa blogging dulu dengan sekarang. ramai kenalan blogger sudah tidak aktif berblog sehingga hari ini. kalau yang masih ada pun, beberapa sahaja, kalau pendapatan melalui hasil blog ni bolehlah sentiasa update. kalau yang tidak ni, setahun berapa entri sahaja. maklumlah sekarang ni dah banyak platform media sosial lain. orang sekarang pun tak ramai dah yang rajin menaip kat laptop macam ni sebab leceh. paling suka tengok tik tok, hanya skrol sahaja fon tu dah semua benda dalam dunia tahu XD

ok, ni entri blog pertama aku untuk tahun 2023, harap ada perkembangan lah nanti XD

nak rajin update blog, aku kene letak laptop ni atas meja kalau tak, malas dah nanti nak bukak. 

No comments:

Post a Comment

:)