Friday, May 29, 2020

Embroidery | Tomita Farm

hola, 2 hari aku sulam benda ni dan semalam adalah hari aku berjaya siapkan makhluk ni. memandangkan minggu depan dah minggu ke-11 sem 6 aku, tinggal 3 minggu lagi pnp lepastu exam n penilaian akhir.  aku rasa eloklah kalau u tak bukak ke sem ni sebab nak habis belajar dah. cam rugi je kalau bukak, ada lebih kurang 2 bulan lagi kot sebelum aku habis sem XD. tu untuk proses pnp lah. semua kerja secara on9 dah sekarang. cuma aku rasa diorang risau pasal barang2 kat rumah sewa atau asrama je kan. ada yang tinggal barang berharga. kalau dia bukak bulan 1 tahun depan, konfem masa tu musim banjir lagi kan. mesti risau jugak tu pasal barang. so, aku tak kesah u nak bukak bile pun asal aku boleh amik barang kat rumah sewa sebelum aku g latihan industri yang aku tak taaahu kemana hala lagi XD.


atas ni lukisan subject matter aku : ladang tomita ni kat jepun. aku ada 2 tema boleh pilih, lanskap atau fairy tale. aku pilih lanskap lah sebab menarik sikit lagipun watak fairy tale tu cam tak banyak je. aku tahu pasal ladang tomita ni sebab dulu aku ada baca kat blogger sis rasya ni ; 

gmbar2 ladang tomita pun banyak kat ig dan pinterest. cam lawa je ladang bunga tu sebab warna-warni. benang aku guna jenama dmc. habis dalam 30 ringgit haritu. hahha, x de diskaun tul kedai pun. aku rekemen benang dmc ni sebab dia punya benang ok sikit berbanding jenama lain.


buat sampai sini dah 4 jam kot walaupun hanya guna running stitch dan satin stitch je XD


hari ke-2. aku suka kalau ada french knot sebab dapat rasa tekstur dia. nak buat pun lambat sikit sebab kene gulung / lilit benang banyak kali.


aku start semalam kalau tak silap aku jam 10 pagi, dekat 1 pagi baru aku siap sepenuhnya. 




belakang dia XD, nampak aku banyak bazirkan benang kat belakang ni ahhaa. 

sebenarnya kene buat projek sulam atas beg. susah untuk sulam atas beg jadi aku buat patchwork je lah yang aku buat ni. tambah typografi sikit lepastu lekat kat beg, siap dah keje aku walaupun baru minggu ke-11 :)

Monday, May 25, 2020

Batik x Senah White

dah siap desain untuk 1 subjek. kalau tak covid memang kene canting dah benda ni XD. sebab covid ni, kene lukis je. topi pun kene canting n jahit jgk. cuma motif topi je lain. 

tema : snow white
kategori : lelaki dewasa
motif : pokok tanduk rusa x segi empat


pandangan hadapan


pandangan belakang

masa lukis ni, aku suka bila masukkan corak dalam baju tu dan lepastu bagi warna. nampaklah skema warna yang aku pilih tu (4 warna) masuk dengan keseluruhan pakaian XD cantik jugak motif pokok tanduk rusa ni. nak lukis ikut macam gambar asal tu kemain susah, bila diolah jadi corak, senang sikit. ni adalah kerja kumpulan. ahli semua ada 5 orang, ada yang buat desain untuk baju snow white, ahli sihir lepastu orang kerdil. tengoklah nanti digabung jadi ganeww XD kain aku nak guna pun silk habotai XD


tengok skema warna kedua, macam tak naik je corak dia agak malap. untuk ni aku buat dalam procreate. macam x nais dia punya line sebab takde stabilize macam autodesk sketchbook app. tapi untuk proses mewarna dia ok sebab line symmetry dia bagus. tu la pros n cons dia XD

Sunday, May 24, 2020

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA GAIS


Tahun ni semua raya x mcm biasa solat raya kat rumah, nak ziarah pun limited XD n nak ziarah kubur family pun tak boleh

budak2 mesti kurang dpt duit raya tahun ni haha

paling teruk, hari raya pun aku kalut dengan esaimen yang kene hantar esok haha. mujur aku dah pulun buat 2 bulan sebelum ni. tak de lah aku terseksa zahir harini. yeah sebenarnya kerja aku untuk 1 subjek esaimen dah siap, ada 2 lagi menyusul dan 1 kuiz XD

bulan ramadhan baru ni bulan yg banyak aku tak segar. dgn sakit tekak lagi tah bila nak sembuh kembali seperti sebelum ni. makan kalau x hati2 boleh lekat makanan masuk dlm halkum? aku.

cuaca pun panas je ada yg demam semua, pagi2 pukul 8 pun dah terik ni guane ning


tak pakai lagi baju raya, tapi ni gambaran baju raya aku tahun ni XD

k la, sambung buat esaimen duluh

Tuesday, May 5, 2020

BOOKxCess


sempena pkp ni bookxcess ada buat sale untuk barang2 mereka. menariknya disini sebab banyak buku2 english la yang dijual. biasa harganya mahal kan kalau beli kat kedai buku. aku jarang beli buku bi ni sebab harganya tu lah mahal. lainlah kalau aku duduk kat us dan uk. ahha. 

so aku punya fav mesti fiction and teenage hahha. jenis2 citer horror aku suka baca dan tak beratlah macam hal2 rumah tangga semua. thriller dan mystery boleh jugak tapi atas cerita. cukuplah dengan anime detective conan je aku rasa kalau untuk thriller n mystery ni. bestnya baca buku bi ni bagi aku macam dia akan tambahkan kau punya power dalam english sentences disamping ada kosa kata yang kau tak tahu, boleh google translate. 

kover2 buku yang menarik juga boleh menjadikan seseorang itu lagi tertarik n tak sabar nak baca. diskaun pun banyak ni. rugi kalau tak beli tapi kotlah kene sabar dengan penghantaran :)

aku sebenarnya baru tahu laman web ni lepas banyak kali keluar iklan kat tv. XD

Monday, May 4, 2020

4th of may 2020

yo waddup


minggu lepas dah start online classes. lecturer banyak buat video melalui google meet sahaja dan portal pembelajaran. katanya kemungkinan sem ni sampai habis belajar semua dalam online sahaja. hatta pun pkp dah tamat, u tetap akan buka bulan januari tahun 2021. pelajar tak boleh kembali ke u. maknanya bulan 6 ni pun aku tak boleh balik jgk. 

Jadi, berbanding haritu, aku dah boleh dah bernafas macam biasa. begitulah seksa nikmat bernafas dengan baik ditarik. sangat takut. aku rasa tahap kolesterol aku ni lah punca segalanya terjadi benda tu dan tak lupa juga aktiviti harian aku dah berubah sejak pkp ni. tido pun jam pagi. lepastu makan. walaupun aku bersenam tapi makanan tak jaga haha.

so, sekarang ni aku minum susu omega plus setiap hari. walaupun harga mahal mencekik tapi tu lah susu yang terbaik untuk bantu aku turunkan paras kolesterol aku ni.