Showing posts with label variasi. Show all posts
Showing posts with label variasi. Show all posts

Wednesday, June 24, 2020

BUKU LIPUR LARA NUSANTARA


Tahun 2020 ni buku pertama yang aku beli, masa pkp haritu aku dah nak order buku kat book excess tapi tersekat kat bahagian pembayaran. tah nape aku pun tahu, tapi nasib aku baik bila aku dapat buat pra tempah buku ni awal bulan jun tak silap aku. ada potongan harga tapi lama sikit kene tunggu sebab ni buku baru. aku antara golongan terawal yang dapat merasai buku ni. 

haritu terbaca kat satu tweet viral pasal buku ni sebab sekarang ni mana ada dah buku hikayat tebal ginih. last aku baca buku hikayat masa tingkatan 6 dulu buku sulalatus salatin. tu pun bahasa dia klasik nau. XD bila cikgu ceritakan balik barulah aku faham kisahnya. gila best namati cerita klasik ginih. bila dapat tahu je pasal viral, saat tu jugak aku gi tempah and alhamdulillah card aku dia tak decline XD 

bayaran postage pos laju kira mahal sikitla kat tempat aku, RM 10. Tapi aku tak kesah asal dapat buku ni. lagipun dia dah diskaun kan. hahaa. sikit je la jadinya diskaun tu. 

Mengenai buku :

Pasti anda semua tertanya-tanya, apa kepentingannya untuk tahu akan hikayat, mitos dan legenda ini yang mungkin dianggap sekadar dongeng semata-mata. Tetapi itulah keindahan budaya Nusantara dan ketinggian bahasa serta pemikiran masyarakatnya yang merakamkan sejarah dalam bentuk seni dan sastera supaya ia mudah diterima dan dihadam minda.

Kisah Hang Tuah, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Sang Kancil merupakan sebahagian kecil sahaja daripada pelbagai lagi cerita rakyat di Nusantara. Namun untuk pengetahuan anda semua, masih terdapat pelbagai lagi cerita rakyat, hikayat, legenda yang tidak banyak diketahui oleh masyarakat. Misalnya, kisah empat ratu Pattani mentadbir negara dengan penuh berwibawa dan berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh serta bagaimana Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bertarung hebat sehingga kawasan pertarungan menjadi padang jarak padang tekukur.

Lipur Lara Nusantara akan membawa anda semua menggali sejarah melalui cerita rakyat, hikayat dan legenda supaya pengajaran yang tersirat di dalamnya dapat kita pelajari bersama-sama.

Isi Kandungan
~ RATU ALAM MELAYU
Walinong Sari
Cik Siti Wan Kembang
Puteri Saadung
Ratu-Ratu Patani
Ratu Majapahit Tunggadewi
Puteri Hijau Berkembar Naga
Siti Zubaidah Ratu Kembayat Nagara
Arduga Wijamalai Langkasuka
Puteri Gunung Ledang

~ MEMORI SEJARAH MELAYU
Gangga Nagara
Gellangui
Onangkiu Srikandi Gellangui
Tun Perak Lagi Bijaksana
Sebuah Kisah Dari Champa

~ MEMORI HIKAYAT HANG TUAH
Laksamana Teragung Hang Tuah

~ KHAZANAH CERITA RAKYAT
Maharaja Wana Daripada Wayang Kulit
Maharisi Burung Jerijit Daripada Wayang Kulit
Putera Chahaya Bulan Daripada Mek Mulung
Dewa Muda Daripada Makyung

~ LEGENDA AGUNG
Pengorbanan Huminodun
Cemburu Puteri Santubong
Derhaka Si Tanggang
Auta Si Luncai
Mistik Ulik Mayang
Sumpah Mahsuri
Kekejaman Raja Bersiong

~ NUSANTARA
Bidasari
Kesaktian Damarwulan
Rara Jonggrang
Panji Semirang

~ HIKAYAT LAMA
Hikayat Malim Dewa
Hikayat Malim Deman
Hikayat Si Miskin

~ ANTARA LANGIT DAN BHUMI
Kisah Sang Kancil
Kisah Sang Kerbau: Buat Baik Berpada-pada
Kisah Sang Kancil dengan Memerang: Buat Jahat Jangan Sekali
Kisah Sang Kancil dengan Sang Rimau
Kisah Anak Rimau Mengaji
Gong Diraja
Santapan Raja
Bengkung Sakti


tebal sangat bukunya aaaa. dalam  ni ada macam-macam tajuk hikayat, yang biasa dengar sampailah ke hikayat yang tak pernah didengar atau dibaca sebelum ini. 


ni episod yang aku baca sekarang. bahasa dia mudah difahami tak macam hikayat bahasa klasik. 


and ada satu hikayat dalam penulisan jawi. 


masa aku baca biodata penulis, memang aku kagum and aku rasa penulis memang hebat sangat orangnya. ada 400 cerita hikayat yang dia ingat weh. harap lepasni banyak lagi hikayat yang dia keluarkan dalam buku yang akan datang. 

cuti sem ni aku akan habiskan pembacaan buku ni dengan lancar in shaa allah. 

Tuesday, May 5, 2020

BOOKxCess


sempena pkp ni bookxcess ada buat sale untuk barang2 mereka. menariknya disini sebab banyak buku2 english la yang dijual. biasa harganya mahal kan kalau beli kat kedai buku. aku jarang beli buku bi ni sebab harganya tu lah mahal. lainlah kalau aku duduk kat us dan uk. ahha. 

so aku punya fav mesti fiction and teenage hahha. jenis2 citer horror aku suka baca dan tak beratlah macam hal2 rumah tangga semua. thriller dan mystery boleh jugak tapi atas cerita. cukuplah dengan anime detective conan je aku rasa kalau untuk thriller n mystery ni. bestnya baca buku bi ni bagi aku macam dia akan tambahkan kau punya power dalam english sentences disamping ada kosa kata yang kau tak tahu, boleh google translate. 

kover2 buku yang menarik juga boleh menjadikan seseorang itu lagi tertarik n tak sabar nak baca. diskaun pun banyak ni. rugi kalau tak beli tapi kotlah kene sabar dengan penghantaran :)

aku sebenarnya baru tahu laman web ni lepas banyak kali keluar iklan kat tv. XD

Tuesday, August 7, 2018

Mexicana Chicken Burger & Apple Pie

semalam sempat gak aku merasa mexicana chicken burger nih kat mcd kbmall. hemm. pagi kelmarin tak ramai orang sangat mungkin sebab kerja. jarang sekali aku makan di mcd bila pergi kbmall. tapi sebab kelmarin aku pergi ngan kawan aku bolehla merasa begerss yang aku teringin gak nak makan.


masa order tuh, aku mintak sekali dengan pie strawberry custard. malang nasib aku sebab akak tu cakap dah habis. duhh. laku sangat wehhhhhhhhhhh ~ x sempat aku nak merasa hemm. so aku order apple pie.









burger ni besaq mcm burger rio haritu. harga :

mexicana beger - rm 17.45
milo - rm 2.35
fries

apple pie - rm 2.35

beger nih rasa dia lagi ok banding ngn beger rio hari tu. pedas tak pun. ayam dia tebal dan besar. puas hati makan. sos dia sedap duh. ada keju. so far so good hahaha. rating aku bagi : 4 per 5. 

untuk apple pie rasa dia sedap dan agak manis. but masih boleh ditelan. dan rangup juga. sedap lah jugak bagi aku yang kempunan nak rasa strawberry pie tuh. 3.5 per 5 aku bagi. hemm

kbais.

Sunday, July 15, 2018

MCDONALDS BRAZIL RIO BURGER CHICKEN EDITION SAMBA-LICIOUS!~


Petang ni IBARAT BULAN JATUH KE RIBA. kakak dan mak aku bawak balikss beger rio. hahha. alhamdulillah. walaupun aku lagi suka versi beef. tapi asal dapat rasa si rio ni pun jadi dah lers. emm.  ingatkan jumaat baru ni plan nak g mcd makan beger rio last tak jadi. tapi, harini. syukur jugak.

well, beger ni feberet aku selain pizzas. beger daging cheese yang kecik dijual tepi jalan tu kalau sebutir memang sangat x genap bagi aku. 3 ketul baru cukup tu pun nak merasa lagi kali yang keempat hahaha. siak betul. 


itu dia gais, tengok kotak pun dah lawa hahahahah.


eh, ada kertas pembalut!

cak cak, uu ayams. ingatkan besor padahal saiz biasa je. ekpektasi aku sungguh luar biasa. hemm.


ada gak si durian flurry nih. aku makan sesudu je tak leh go on ngan perisa durians nih. hahah. takut plak gastrik.


WALAUBAGAIMANAPUN, mende ni sedap jugak. kali pertama aku rasa durian flurry ni. 

SESI BERGAMBAR BERMULA..


 
Woi nak makan ke nak memain! beger ni bergetaq bila aku cuba ambik gambar hemm


cam bola dah kat bawah roti tu


cantiks plak gambar nih. kbai.

pendapat aku pasal beger ni setelah habis diratah dalam beberapa minit..:

beger ni bagus dan rasa dia ok. ok sahaja bagi aku tak lebih dari tu. sos dia banyak rasa lada hitam dan sedikit kekopian. tapi tak rasa sangat sebab tenggelam sebab rasa sos lada hitam tuh. pedas tu tak de lah pedas sangat. bagi aku pedas dia biasa-biasa sahaja, and ada banyak sayur campur. aku telan semua. ayat cliche, so far so good. ayam je ada yang beef dah habis stok kakak aku cakap. makanya disini aku bagi 3 per 5 bintang utk edisi beger rio ayam. 

kbais.