Sunday, April 5, 2020

pantai melawi


hi. ambik gambar adalah salah satu perkara kegemaran aku. sejak aku guna phone pixel ni lagi la aku suka sebab gambar yang aku shot nampak lebih clear and ada fokus berbanding phone aku yang dulu, oppo neo 7. oppo neo 7 kamera dia pun lawa dah cuma tak ada fokus. banyak dah gambar2 menarik aku shot masa guna phone dulu. nak beli kamera dslr kan tak mampu. kalau mampu pun kene belajarlah cara nak guna. aku pernah try shot guna kamera kawan aku. susah jugak sebab kene setting sendiri. kalau guna phone, senang sikit kalau nak setting, sekejap sahaja sudah siap.

so, gambar ni adalah gambar masa geng2 housemate aku (14 orang) buat family day kat pantai melawi, bachok, kelantan.  aku kasi edit sikit guna aplikasi A Color Story. app ni aku dah lama guna, and yes filter dia aku beli dulu. tapi haritu aku terjumpa link kat youtube jadinya semua filter aku dapat download secara free haha.




tengah hari buta main pantai memang balik tuh terbakor habis muka semua haha. apo tidaknya best duduk kat pantai ni. bila lagi nak bercuti macam ni kan. lepas ni semua sibuk dengan esaimen. and ni last sem aku duduk kat fakulti. sem 7 dan 8 aku buat latihan industri dah. tah mana lah aku kene campak. takut pikir. zaman2 corona ni.


so aku edit nak bagi nampak pasir kuning tu jadi macam peach gituh macam padang pasir but yeah kalau tengok kat instagram a color story, memang lawa2 warna vibrant jadinya lepas edit dalam app ni. so far aku suka guna app ni berbanding adobe lightroom sebab senang nak edit dan x benak macam lightroom. XD


k, bai

5 comments:

:)