Saturday, July 17, 2021

Projek Tahun Akhir

salam, 


aku akhirnya dah habis tempoh pengajian aku sebagai seorang makhluk yang amik ijazah teknologi kreatif, bidang textil dan fesyen. masuk umk bachok sejak tahun 2018 tak silap aku lah hahaha. 4 tahun baru habis. lama sungguh. ni kalau aku simpan rambut mahu panjang sampai ke kaki nih. 


so untuk projek akhir aku atau kajian tesis aku, aku buat tajuk pasal baju plus size. aku sebenarnya takde idea weh nak buat tajuk apa, mujur ada lecturer atau sv aku yang membantu hmm.




inilah dua rekaan baju aku. subject matter aku pilih rama-rama warna biru sebab warna dia cantik & ada gradient. 




kalau tengok warna rama-rama ni ada gradient warna hitam sampai biru muda tapi aku hanya jumpa kain gradient hitam ke biru gelap je. sedih jugakla kat situ sebab kalau sampai ke biru muda tu lagi nais rasanya. 


baju aku ni semua jubah ready to wear. habis simple aku design sebab aku takut susah nak buat pola memandangkan aku jahit dan siapkan semua ni kat butik tempat aku li haritu. time buat pola ni memang kene marah lah dengan bos sebab aku tak faham nak buat pola nyampah gila. yelah, masuk kos mula sem 3 lepastu belajar jahit sem 4 sampai sem 5 je. sem 6 kene kovid. bila masa banyak menjahit dan buat pola dulu pun lecturer yang bantu. hahaa


kawan aku yang buat baju pengantin tu siap menangis sebab banyak buat salah lepastu bos marah-marah aishh. mujur dah habis li situh.


habis kira-kira 200 ringgit jugaklah untuk semua ni sekali dengan kain terpaksa beli 9 meter sebab aku buat saiz 2xl. jahit manik lagi. satu jubah ni aku boleh siapkan dalam masa 1 hari setengah atau 2 hari masa bekerja XD. laju sebab jubah ni banyak jahit straight je XD cuma bahagian lengan tu aku suruh kawan aku jahit sebab aku tak reti nanti jadi buruk dan kedut.



baju 1 


baju 2


dah siap maka kita bagi model pakai. baju ni labuh kot tapi model aku pulak rendah, saiz baju dah ok. mana nak cari model yang tinggi-tinggi zaman corona nih





ni pulak adalah close up baju







sebab tak puas hati sangat tak jumpa model yang sesuai, akhirnya aku cilok model internet dan lukis desain baju aku balik XD




jadi nampak ok lah sikit kan 

kbai, harap dapat grad lah aku tahun ni konvo tak tahu jadi ke tak sedih btul

Thursday, July 8, 2021

Cruella's 2021 outfits

 salam, lama kot tak menaip kat blog haha. ada je aku bukak tapi malas pulak nak menaip, wifi ada tapi sibuk dengan life yang bosan ini. hmm.

aku dah tengok cite cruella 2021 ni haritu. bos kat tempat keje aku tunjuk cite ni kat netflix dia, dia kata best. balik tu aku cari la cite ni kt internet, dah tengok sekali macam best, ulang kali ke berapa entah sampai malas dah tengok sebab nak muntah XD

apa yang menarik cite ni ialah rekaan baju cruella dan baronness tuh. siyesli terbaik movie nih aku bagi 4.5 per 5 bintang. sila kutip sendiri hoho

sebab haritu sibuk dengan projek penyelidikan /fyp aku, lama jugak nak siap tambah-tambah baju cruella banyak namampus ye dalam cite ni. tu baru baju cruella belum baju estella T..T mati aku kalau aku lukis semua hahaha


jadi kat sini aku dapat lukis semua ya semua baju yang cruella pakai sahaja XD


bapaks lama nak siap ni. mula 28 jun, dan baru siap kelmarin, 7 julai sekali dengan background haha. terpaling lama aku buat nih sebab baju dia banyak gila.


ni plak antara baju yang aku suka ;3

apapun aku enjoy je lukis baju-baju dia semua sebab nais. 

bais