Wednesday, June 7, 2023

2023 dan Hobi Menjahit

tahun ni tahun aku mula menjahit balik selepas berehat lama. kali terakhir aku menjahit guna mesin ni aku pasti semasa aku buat latihan industri kat butik beberapa tahun lepas XD

aku pun dah lama tinggal hobi melukis aku dalam setahun lebih jugaklah. pakej sekali app procreate dalam ipad aku pun aku dah delete haha. sekarang aku buat hobi baru; menjahit pakaian lah terutamanya.


*antara baju yang aku dah jahit*

masa masih belajar kat umk dulu roommate aku ni ada bagi sehelai kain como crepe. katanya suruh jahit untuk buat baju. nanti datang masa hari perkahwinan dia. semua 14 orang housemate dia bagi. disebabkan kami dah kawan masa sem 1 sampai habis sem lepastu semua tinggal sekali mula dari asrama ibs umk tu sampailah pindah duduk asrama luar hahaa. 14 orang ni kekal ya duduk sama-sama walau kos lain-lain, negeri lain-lain dsb. walau ada gaduh sekali pun sampai ada yang nak pindah luar, sampai kesudah tak jadi XD tak tau lah deme ni gaduh pasai apa.

lepastu housemate sorang lagi bagi kain batik jugak untuk dijahit buat kain nanti boleh pakai dengan baju satu lagi. akhirnya duk terperap kat situ je lah kain kedua-dua orang bagi ni. mak aku pun dah meninggal kan, siapa je yang reti jahit baju ni? 

maka, tahun ni, datang satu idea aku, aku nak buat baju raya dengan kain yang diorang bagi ni. tapi, masalahnya aku tak reti buat pola. aku pun teringatlah dulu masa l.i ada kawan bagitahu yang ada kawan sama kos ni beli pola baju kat shopee. aku pun tengok dan cari lah. lama jugak nak cari sebab aku ni dah lama tak jahit baju, pola pun aku tak pandai sangat buat. dulu lecturer je yang ajar pastu bos kat tempat l.i tu yang ajar. jadi, ilmu takde sangatlah kan.

aku pun terfikir satu design baju yang paling simple untuk newbie macam aku ni nak menjahit. baju kurung kedah. ya, baju ni senang nak jahit sebab bentuk boxy, dari badan, tangan semua petak je. leher tu je yang kene belajar sikit. 

aku pun beli lah pola baju kurung kedah dan pola palazzo kat shopee ni. mahal jugak ya pola ni. sama mahal dengan sehelai baju XD

lepastu aku beli mesin jahit kat shopee yang murah tapi aku nampak dia agak berkualiti. mesin jahit ni ramai newbie guna. orang panggil ni mesin jahit portable. senang nak jahit, nak guna, ah semua senang lah. dahla kecik, harga pun murah bawah 200 ringgit tapi slow lah. tu yang aku cakap sesuai benor untuk newbie macam aku ni XD tak payah risau kalau tangan kene makan ke jarum jahit, memang takkan kena XD


mesin jahit portable ni brand maidronic dari china tak silap aku


yang ni pulak jenis tapak mesin jahit portable yang aku beli kat shopee jugak

kenapalah aku tak tahu mesin ni wujud dalam shopee? kalau tak aku dah beli dah masa kat umk dulu. tak payah berebut mesin jahit kat fakulti dengan orang lain *tepuk dahi* lemmahhhh

misi aku jahit baju raya akhirnya selesai pada pagi hari pertama raya sebelum aku balik kampung tu XD. sibuk dengan kerja full time lagi 9 pagi sampai 10 malam. lepastu balik rumah sambung jahit sampai pukul 2 pagi ya aku tidur tiap-tiap hari. lepastu sahur pulak hemm. gila macam zombie dah aku rasa. entah apa yang bersungguh sangat menjahit tak tahulah aku XD


baju mula-mula ni memang buruk lah sikit aku jahit maklumlah baru berjinak-jinak dengan hobi baru hehe

lepas dah siap sepasang baju raya ni, aku pun beli lah banyak kain kat kedai kain nagoya tu untuk buat baju kurung kedah lagi. lepastu aku ada jugak jahit baju kebarung. aku rasa kebarung ni cantik dan tradisional sungguh kalau pakai. kebarung ni macam baju kurung digabungkan dengan kebaya gituh. cantiklah jadinya. 


kebarung tradisional yang ada pesak dan kekek

nampak klasik dan ayu benor ye. yang ni aku belajar buat pola dari youtube. senang aku buat pola berdasarkan ukuran badan sendiri. bila dah jadi baju tu, puas hati pakai sebab kene dengan selera aku, bentuk badan aku. tak payah susah-susah aku pergi alter baju hemm nanti makin buruk pulak baju tu.


baju kurung kedah moden yang ni pun dijahit sendiri pastu aku letak hiasan dokoh kecil kat baju. oh, aku pun ada bagi baju kebarung ni kat zati. dia cakap dia suka kain ni, aku pun bagilah baju kebarung ni kat dia XD saiz lebih kurang sama je haha

sebelum ni aku jahit baju dan seluar je, sekarang aku jahit skirt sekali. kali ni aku beli kain kat shopee. jenuh jugak duk cari jenis kain. kain satin paling susah nak jahit dan paling serabut XD disebabkan aku tak guna mesin kelim mak aku tu jadi aku jahit zig zag je kat tepi kain guna mesin jahit portable ni. tak kemas lah tapi. tetap kene kelim dengan mesin jahit tepi sebenarnya. 


yang ni aku jahit baju kurung moden dengan kain duyung


yang ni pulak aku buat baju dan kain peplum atau skirt guppy


yang ni cubaan aku buat leher pakai sauk, kebaya moden lace, dan skirt a-line tapi guna kain pleated

boleh nampak ya aku ni masih newbie sebab aku jahit tak kemas, tak lawa sangat, kalau nak ambik tempahan tu memang tak lah. aku buat ni untuk suka-suka sahaja. kalau ada majlis apa-apa boleh lah pakai baju-baju ni ahhaah

aku tak sangka ya mesin kecik macam ni boleh guna untuk buat sepasang baju raya. walaupun mesin ni slow tapi kalau sehari aku cuti tu, boleh siap sepasang baju dah hehe. 

semua baju-baju ni aku buat pola berdasarkan video yang orang share kat youtube tu je. in shaa allah untuk gaji kali ni aku nak jahit sepasang lagi baju tapi tengah fikir nak buat design apa. 

kbai,,

5 comments:

  1. wahhhh pandainya jahit! Beruntung kalau boleh menjahit ni....lama2 practice bole buat duit ni.. Masyukkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, best jugak menjahit ni, inshaa allah kalau ada rezeki nanti boleh buat duit 🤭

      Delete
  2. Bagus betul orang yg pandai menjahit camni. Saya mmng out lah bab jahit ni. Boleh buat duit!
    Ilmu2 masa belajar kat UMK dulu dpt apply utk hobi awak ni, berbaloi tgok hasil jahitan yg kita buat sendiri kan 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brguna jgk ilmu bljr dulu 😂😂

      Delete

:)