Tuesday, February 9, 2021

24|2021|6-2|15

 salam, 

dah lama aku tinggal blog, selalu je tengok2 tp x menaip ya sebab lama sangat aku duduk kat hospital. 

6 februari, sabtu haritu mak aku dah kembali kepada penciptanya. alhamdulillah baik2 sahaja cara pemergian mak aku tu. moga dia berada dalam kalangan para anbiya, solihin. 

mak aku tahu2 je kene kanser ovari tahap 4. dah berjaya buat chemo satu kali. tapi, lepas tu, banyak masalah dia kene. sebelum chemo tu pun dia dah masalah la, keluar najis hitam lah hijau lah. tak tahulah apa aku nak buat masa tu. doktor2 pun tak dpt sgt tolongnya.

sebelum ni pun masa bulan 9 gitu aku tengok perut dia makin membesar tu aku memang dah rasa mak aku ni akan hidup tak lama la gitu. masa dia sihat dulu pun dia ada cakap, sampai umur 50, go out. 

ya lah, tuhan bagi mak aku hidup lama setahun je lagi. 

selama 45 hari ke tak silap aku mak aku dalam wad mawar tu. misi2, doktor2 semua kenal lah en. doktor2 besar tu semua selalu melawat tiap 5 hari seminggu. dengan aku pun diorang tanya macam2 XD

ada yg kata aku budak sekolah lagi lah, sekolah menengah lah, sekolah drjah berapa lah ahhahaha lawak sungguh la 

sungguh aku takkan lupakan pengalaman aku duduk kat hospital, dalam wad selama sebulan lebih ni. tu lah, pergi dengan mak, balik rumah, tahu2 je tanpa mak XD

keluarga mak aku alhamdulillah ada ngn mak aku sampai akhir nafas dia haritu, lepas tu, yang urus misi2 dalam wad tu jugak, doktor dalam tu jugak, cuma ada terkilan sikit sebab tak sempat nak jumpa doktor2 besar yang melawat hari ahad sampai khamis tu en. diorang selalu usik mak aku.

jenazah mak aku pun aku adik beradik dengan mak pak sdare aku yang tolong pengurus mayat mandikan jenazah kat bilik forensik sampai tanam semua alhamdulillah urusan dipermudahkan gituh.

jiran2 sebelah katil mak aku pun baik weh siap mintak no wasap tanya khabar aku. jiran2 semua tu baik siap buat tahlil doa selamat. masa mak aku sakit dulu diorang buat solat hajat. 

tapi alhamdulillah jugaklah ada kucing tak takut sangat aku tido malam2. aku kan tido ngan mak aku sejak arwah abah aku meninggal tahun 2010 sampailah saat akhir nih. hmm. takut lah aku nk tido sorang2. haih.

bai hospital, misi, doktor, pekerja radicare, pesakit2 wad mawar, pekerja yang kerja kat hospital, terima kasih atas kebaikan anda selama ini, saya doakan anda bahagia hidup dunia dan akhirat. aamiin. kalau ada rezeki, boleh jumpa lagi, in shaa allah

;)

2 comments:

  1. Salam takziah, to send my parents to the Creator at ease is also part of my constant prayer. Stay strong

    ReplyDelete

:)