Wednesday, July 1, 2020

New Brushes Via Procreate

aku eksaited benor buat post ni sebab aku dah lama tunggu saat ini. suatu hari aku post pasal another achievement aku dalam lukisan. so inilah hasil lukisan aku semalam. aku kira dah berjaya menunjukkan progress yang baik dalam buat lukisan potret sedikit realistik hahaha.


disebabkan aku tahu yang aku suka sangat lukis muka orang dari dulu lagi, makanya aku banyak lukis muka billie untuk kali ni, yang paling nampak progress boleh dilihat pada bahagian bibir. sumpah aku dulu tertanya-tanya macam mana nak buat bibir macam ni. banyak pelukis di instagram aku view video nya. ternyata rahsianya ada pada jenis brush yang digunakan. like seriously dude XD

pada awalnya aku beli brush ni saja-saja je, tapi kelmarin aku try, ow, kene pada tempatnya. begitulah aku minggu lepas banyak jugak melabur duit beli brush untuk procreate. 

untuk lukisan potret, aku suka tekap line dia sahaja, nak lukis betul-betul, aku biasa selesa di kertas sahaja, yang mana aku akan apply teknik hatching dan cross hatching. kalau buat versi digital, rasa tak berapa nak lawa la pulak XD

 satu lagi progress yang baik aku dapat tunjuk di bahagian bulu mata. berus yang sama juga digunakan untuk detailkan di bahagian bibir. berbaloi habis 1 dollar untuk berus ni.


ni adalah tempat dimana aku membeli berus itu https://gumroad.com/msvivart


blending and colours, banyak brush free dia bagi https://gumroad.com/brusheskn


aku percaya kalau buat latihan berterusan banyak-banyak in shaa allah akan ada lebih banyak penambahbaikan nanti :)

No comments:

Post a Comment

:)