hola, 2 hari aku sulam benda ni dan semalam adalah hari aku berjaya siapkan makhluk ni. memandangkan minggu depan dah minggu ke-11 sem 6 aku, tinggal 3 minggu lagi pnp lepastu exam n penilaian akhir. aku rasa eloklah kalau u tak bukak ke sem ni sebab nak habis belajar dah. cam rugi je kalau bukak, ada lebih kurang 2 bulan lagi kot sebelum aku habis sem XD. tu untuk proses pnp lah. semua kerja secara on9 dah sekarang. cuma aku rasa diorang risau pasal barang2 kat rumah sewa atau asrama je kan. ada yang tinggal barang berharga. kalau dia bukak bulan 1 tahun depan, konfem masa tu musim banjir lagi kan. mesti risau jugak tu pasal barang. so, aku tak kesah u nak bukak bile pun asal aku boleh amik barang kat rumah sewa sebelum aku g latihan industri yang aku tak taaahu kemana hala lagi XD.
atas ni lukisan subject matter aku : ladang tomita ni kat jepun. aku ada 2 tema boleh pilih, lanskap atau fairy tale. aku pilih lanskap lah sebab menarik sikit lagipun watak fairy tale tu cam tak banyak je. aku tahu pasal ladang tomita ni sebab dulu aku ada baca kat blogger sis rasya ni ;
gmbar2 ladang tomita pun banyak kat ig dan pinterest. cam lawa je ladang bunga tu sebab warna-warni. benang aku guna jenama dmc. habis dalam 30 ringgit haritu. hahha, x de diskaun tul kedai pun. aku rekemen benang dmc ni sebab dia punya benang ok sikit berbanding jenama lain.
buat sampai sini dah 4 jam kot walaupun hanya guna running stitch dan satin stitch je XD
hari ke-2. aku suka kalau ada french knot sebab dapat rasa tekstur dia. nak buat pun lambat sikit sebab kene gulung / lilit benang banyak kali.
aku start semalam kalau tak silap aku jam 10 pagi, dekat 1 pagi baru aku siap sepenuhnya.
belakang dia XD, nampak aku banyak bazirkan benang kat belakang ni ahhaa.
sebenarnya kene buat projek sulam atas beg. susah untuk sulam atas beg jadi aku buat patchwork je lah yang aku buat ni. tambah typografi sikit lepastu lekat kat beg, siap dah keje aku walaupun baru minggu ke-11 :)







Cantik sangat! Memang perlukan kesabaran nak buat benda ni. Saya tengok hasil yang dah siap pun rasa penat.
ReplyDelete