Thursday, April 23, 2020

Stars & Skies | Universe acrylic painting

esok puasa ke gais

dalam sejarah ya puasa macam ni. aku pun tak berapa nak segar ni. haritu aku bangun pagi, tiba2 dada rasa berat je weh, lepastu aku perasan yang aku bernafas lain macam dah. nafas tarik pendek2, macam semput. macam nak bernyawa tu tak cukup oksigen. tah apa masalah, harini dah ok sikit tp masih tak boleh bernafas seperti biasa. nanti la aku ingat nak pegi klinik check. aku bagitahu mak aku, mak aku cakap kemungkinan gastrik. selama ni aku gastrik cuma rasa sakit dada je, macam angin tu pergi kat dada. katanya macam kene sakit jantung, mungkinlah rasa macam tu. kalau rasa macam tu biasa je bagi aku. ni nafas semput gini tak biasa lagi kena. sampai berhari2 tak ok lagi ni takut ler akuh. 

sebelum aku bernapas tercungap2 gini, aku ada buat acrylic painting ni. ni semua aku tengok banyak kat pinterest. tutorial sky painting. dalam satu hari tu aku dapat menghasilkan dekat 50 kertas ni. mudah saja dan dah siap aku potong lepastu tampal di dinding. lukisan lama aku dah simpan sebab nak aura baru. haha.



bahan2 dia tak banyak pun gais, guna kertas a4, berus cat, cat akrilik (sebab bagi efek kilau), air, gunting, pembaris dan berus gigi yang sudah tidak digune.



untuk berus, aku guna 2 jenis berus ni. sudah siap harus dicelup dalam air sebab guna akrilik kalau malas basuh.



aku sebenarnya nak menghabiskan warna2 ni sebab lama dah aku simpan.



mula2 picit buat titik2 gini dah jadi

kemudian, sapu kiri kanan, mula2 tu aku buat latihan je dulu cara campur warna jadi gradient.



jenis cat akrilik alpha kene cepat2 sapu lepas dah letak sebab dia cepat kering, kalau reeves tu cair sikit dan best guna reeves untuk aktiviti ni.



antara faveret aku ialah warna biru sebab aku bayangkan laut, langit yang biru dan ruang angkasa maksud aku kat atmosfera bumi.



ada yang menarik, ada yang tak menarik. tengok pada gabungan warna. kalau biru aku guna warna biru gelap pada bahagian atas, bawah, biru muda, bawah tu warna putih. maka dia akan blend jadi gradient yang menarik.

boleh tengok kat internet kombinasi warna yang sesuai sama ada nak buat 3 warna keatas.



untuk buat border supaya lagi kemas, aku guna washi tapes.

aku tak sayang washi tape aku memang beli untuk guna macam ni pun haha.



kemudian buat percikan warna putih atas lukisan guna berus gigi. akrilik putih aku tambah air sikit untuk senang percik.



siap yalls, kalau rajin, boleh tambah awan, lukis bintang ke guna pen. potong dan boleh tampal. buat kad ucapan pun buley nih.

6 comments:

  1. cantik2 semua. BV rindu nak main watercolor macam nie T^T

    ReplyDelete
  2. okay rasanya mcm dah dapat idea nak lukis apa kat canvas saya, nampak senang jeee haha plis cakap senang xD
    eh btw tilam toto tu sama mcm kat rumah saya punya HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. XD Siyes sng je ni tu sbb jd trbuat byk
      jumpa jgk cdr sama sbb ni cdr tah zaman mak muda2 dlu hahha

      Delete
  3. OMG sukenye tgk org yg pandai melukis ni. I love arts but I don't do arts.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis 😀😀 besher2 je ni

      Delete

:)