sem 6 dah nak habis, tinggal hantar 1 esaimen and live video 1 je lagi lepastu habis dah. minggu lepas aku dah kutip semua barang aku kat rumah sewa tu balik ke rumah. ngan basikal sekali aku angkut sebab budak tak nak beli. aku jual mahal XD lantak mu la budak, nak murah gi buat sendiri. aku tertinggal bawak balik kunci basikal, makhluk mana laaa yang amik rantai basikal aku duh
selama 3 hari 2 malam jugak aku duduk kat rumah sewa, time ni tak semeriah macam sebelum ni, semua orang ada kat dalam setiap bilik. antara 3 hingga 5 orang satu bilik yang ada 8 bilik kat tingkat bawah. meriahnya disitu nak-nak time tengok tv i can see your voice XD
sedih sia dah lama aku duduk situ sejak sem 3 sampailah sem 6 dah nak kene blah. sem 6 pulak 7 minggu je sempat duduk. ingat budak rumah aku dah plan macam-macam untuk menghabiskan duit bersama sebelum tamat sem 6, apakan daya tiada jodoh dan tiada rezeki semua.
minggu lepas ada dalam 6 orang je yang duduk selama 3 hari 2 malam aku tu, sunyi jugak ler dahla tv tak berfungsi dah, mujur tuan rumah suruh buat deko untuk hantaran penyewa dia yang dulu.
budak-budak sck blah dulu gi buat latihan industri, setahun nanti in shaa allah jumpa lagi. kongbo in shaa allah sekali dalam dewan baharu. dengan lecturer pun gaduh tak lama sem ni XD tu pun saki baki dia gaduh secara online hahaa. sedih jugak meninggalkan lecturer yang dah kenal sejak sem 3. lepasni datang buat presentation untuk final year projek je, tu pun kotlah tak jumpa dah lecturer yang mengajar dulu.
untuk l.i aku dah jumpa dah tempatnya dan akan start pada bulan 10 tu pun tertakluk kepada universiti. kalau kes covid ni semakin meningkat tak tahulah aku macam mana. hidup pun, hidup macam ni je lah. in shaa allah aku akan buat kat butik dekat dengan rumah aku, tepi sekolah tingkatan 6 aku dulu pulak tuh. ada sorang kawan teman buat sekali kat situ jadi taklah aku rasa janggal dengan cikgu yang akan mengajar aku nanti. depan tu jugak ada kedai jual ciken cop lagi laaaa aku akan kenyang mudah-mudahan XD
aku rasa aku cari company untuk l.i awal sangatlah hahha, tapi tak pe lah, kalau dia tak nak, aku boleh cari tempat lain lagi. so kat butik nanti dia akan ajar aku menjahit lah dari awal sampai siap. sampai aku boleh buat baju. aku ok je mana-mana nak amik batik ke printing ke jahit ke, asal dapat duit, dekat dengan rumah, selamat.
selamat tinggal pemandangan belakang bilik
selamat tinggal katil aku
selamat tinggal tingkap dan langsir yang selalu aku selak
selamat tinggal satu pintu almari aku belah kiri hujung sekali tu XD
selamat tinggal tuan rumah, kawan-kawan serumah sejak sem 3 sampai sem 6. semoga jumpa lagi suatu hari nanti.