Tahun 2020 ni buku pertama yang aku beli, masa pkp haritu aku dah nak order buku kat book excess tapi tersekat kat bahagian pembayaran. tah nape aku pun tahu, tapi nasib aku baik bila aku dapat buat pra tempah buku ni awal bulan jun tak silap aku. ada potongan harga tapi lama sikit kene tunggu sebab ni buku baru. aku antara golongan terawal yang dapat merasai buku ni.
haritu terbaca kat satu tweet viral pasal buku ni sebab sekarang ni mana ada dah buku hikayat tebal ginih. last aku baca buku hikayat masa tingkatan 6 dulu buku sulalatus salatin. tu pun bahasa dia klasik nau. XD bila cikgu ceritakan balik barulah aku faham kisahnya. gila best namati cerita klasik ginih. bila dapat tahu je pasal viral, saat tu jugak aku gi tempah and alhamdulillah card aku dia tak decline XD
bayaran postage pos laju kira mahal sikitla kat tempat aku, RM 10. Tapi aku tak kesah asal dapat buku ni. lagipun dia dah diskaun kan. hahaa. sikit je la jadinya diskaun tu.
Mengenai buku :
Pasti anda semua tertanya-tanya, apa kepentingannya untuk tahu akan hikayat, mitos dan legenda ini yang mungkin dianggap sekadar dongeng semata-mata. Tetapi itulah keindahan budaya Nusantara dan ketinggian bahasa serta pemikiran masyarakatnya yang merakamkan sejarah dalam bentuk seni dan sastera supaya ia mudah diterima dan dihadam minda.
Kisah Hang Tuah, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Sang Kancil merupakan sebahagian kecil sahaja daripada pelbagai lagi cerita rakyat di Nusantara. Namun untuk pengetahuan anda semua, masih terdapat pelbagai lagi cerita rakyat, hikayat, legenda yang tidak banyak diketahui oleh masyarakat. Misalnya, kisah empat ratu Pattani mentadbir negara dengan penuh berwibawa dan berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh serta bagaimana Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bertarung hebat sehingga kawasan pertarungan menjadi padang jarak padang tekukur.
Lipur Lara Nusantara akan membawa anda semua menggali sejarah melalui cerita rakyat, hikayat dan legenda supaya pengajaran yang tersirat di dalamnya dapat kita pelajari bersama-sama.
Isi Kandungan
~ RATU ALAM MELAYU
Walinong Sari
Cik Siti Wan Kembang
Puteri Saadung
Ratu-Ratu Patani
Ratu Majapahit Tunggadewi
Puteri Hijau Berkembar Naga
Siti Zubaidah Ratu Kembayat Nagara
Arduga Wijamalai Langkasuka
Puteri Gunung Ledang
~ MEMORI SEJARAH MELAYU
Gangga Nagara
Gellangui
Onangkiu Srikandi Gellangui
Tun Perak Lagi Bijaksana
Sebuah Kisah Dari Champa
~ MEMORI HIKAYAT HANG TUAH
Laksamana Teragung Hang Tuah
~ KHAZANAH CERITA RAKYAT
Maharaja Wana Daripada Wayang Kulit
Maharisi Burung Jerijit Daripada Wayang Kulit
Putera Chahaya Bulan Daripada Mek Mulung
Dewa Muda Daripada Makyung
~ LEGENDA AGUNG
Pengorbanan Huminodun
Cemburu Puteri Santubong
Derhaka Si Tanggang
Auta Si Luncai
Mistik Ulik Mayang
Sumpah Mahsuri
Kekejaman Raja Bersiong
~ NUSANTARA
Bidasari
Kesaktian Damarwulan
Rara Jonggrang
Panji Semirang
~ HIKAYAT LAMA
Hikayat Malim Dewa
Hikayat Malim Deman
Hikayat Si Miskin
~ ANTARA LANGIT DAN BHUMI
Kisah Sang Kancil
Kisah Sang Kerbau: Buat Baik Berpada-pada
Kisah Sang Kancil dengan Memerang: Buat Jahat Jangan Sekali
Kisah Sang Kancil dengan Sang Rimau
Kisah Anak Rimau Mengaji
Gong Diraja
Santapan Raja
Bengkung Sakti
tebal sangat bukunya aaaa. dalam ni ada macam-macam tajuk hikayat, yang biasa dengar sampailah ke hikayat yang tak pernah didengar atau dibaca sebelum ini.
ni episod yang aku baca sekarang. bahasa dia mudah difahami tak macam hikayat bahasa klasik.
and ada satu hikayat dalam penulisan jawi.
masa aku baca biodata penulis, memang aku kagum and aku rasa penulis memang hebat sangat orangnya. ada 400 cerita hikayat yang dia ingat weh. harap lepasni banyak lagi hikayat yang dia keluarkan dalam buku yang akan datang.
cuti sem ni aku akan habiskan pembacaan buku ni dengan lancar in shaa allah.