Thursday, August 20, 2020

Tak join #clowcardchallange

salam maal hijrah gais,

semalam aku dah penat lukis untuk clow card challange ni. dah 2 hari aku buat, hasilnya aku berjaya siapkan untuk 12 lukisan sahaja. sebab nya aku dah capek, males dah XD

sebenarnya ada banyak lagi card yang tak lukis lagi, tapi aku stop mungkin nanti aku akan sambung lukis balik.


sebenarnya aku tak join pun #clowcardchallange yang ada sorang pelukis malaysia ni anjurkan kat twitter. sebab aku tengok challange ni macam menarik & ramai pelukis yang dah terpilih terlibat, macam memberi idea untuk aku melukis. 


challange ni pasal kene lukis balik clow card daripada anime cardcaptor sakura tu mengikut stail lukisan masing-masing. ada 53 card tak silap aku, mampus nak lukis semua, jadi aku pilih card yang ada manusia je. yang ada manusia pun banyak 35 card XD

idea aku, bingkai card aku masukkan elemen batik dan untuk lukisan tema fashion illustration je. feveret card yang aku hasilkan ialah the cloud dengan the flower. untuk the firey aku enjoy melukis sebab ada sayap.

kalau aku rajin aku sambung lagi 

Monday, August 10, 2020

Draw this in my style | my future


musik video baru dah keluar masa raya haji baru ni, aku suka lagu baru ni sebab ada animasi dalam video tu. kat insta aku pun banyak keluar gambar lukisan untuk lagu ni jadi aku pun terpaksa menjebakkan diri gituh XD


aku amik satu scene ni yang agak menarik untuk dilukis. dia ibarat challenge 'draw this in your style' yang pemes kat ig. untuk background pokok belakang, aku masukkan corak batik sikit yang aku belajar selama ni. Untuk line, agak sukar sebab kene ejas di bahagian ketebalan tu sendiri sebab pen aku tak detect pressure macam apple pencil.


mula dari pagi sampai nak dekat zohor baru siap. lamanya di bahagian background pokok tu.

dulu aku masalah nak lukis badan manusia, tapi setelah banyak latihan, teknik aku cuba, akhirnya dah nampak perkembangan positif. pokok aku blurkan sebab nampak serabut sangat XD

Monday, August 3, 2020

Bulan Ogos 2020

hello 

hari ni dah masuk bulan ogos selepas raya haji ni. bulan ni aku agak free dan banyak masa kosong maka aku isikan dengan aktiviti kegemaran aku iaitu melukis. kalau sebelum ni aku gigih lama ke arah lukisan digital, kali ni aku try pulak cara tradisional. guna pensel yang real. 

untuk kali ni aku lukis potret dan fashion illustration je. dapat lah aku tengok sini hasil tangan aku untuk tahun 2020 ni makin bagus berbanding tahun-tahun sebelumnya. bangga sikit aku tengok. berkembang jugak teknik ni. stail pun sikit sebanyak dah timbul nak-nak yang kat lukisan potret tuh. 




dapat aku simpulkan di sini bahawa stail aku ni lebih kepada simple dan serabut sikit. XD

disebabkan aku tak berapa suka habiskan masa melukis sesuatu tu lama-lama maka stail ini terhasil. gituh. untuk 1 potret aku boleh siapkan dalam masa kurang 10 minit kalau tak silap aku dan untuk ilustrasi fesyen kurang 5 minit.

yang bagi inspirasi kali ni dari segi lukisan potret ialah polina bright 

dan untuk ilustrasi fesyen pula dari  daria world

mudah-mudahan aku dapat beli ni nanti sem depan ke hmm