Thursday, August 30, 2018

Alpha Artists Acrylic Colors

selamat petang. 2 hari lepas aku singgah kedai buku psi dan aku tertengok alpha acrylic 12 color dalam almari kaca. aku rasa cam nak cuba je acrylic jenama nih sebab untuk yang watercolor aku dah beli dulu dan memang bagus pun jenama alpha ni. aku tak nampak plak harga sebab takde tanda harga haha. maka aku fikir beli lain kali lah. takut lak mahal macam alpha watercolor tu. 

kemudian pagi tadi aku pergi plak kedai buku tuh sbb semalam aku dah tengok review blog pasal alpha acrylic ni. harga bawah 30. murah gak tu. tak mahal macam watercolor. maka tadi aku ambik tengok harga rm 30. harga dia tanda kat rak manala nampak duh. pelik sebab murah. biasa akrilik lagi mahal tapi, aku amiklah.

 

aku dah plan nak painting apa. hahaa. gambar cam biasa cari kat pinterest. belambak sangat potret lawa dalam tu


kertas aku guna : arto 300 gsm watercolour paper


dun. boleh aku katakan alpha acrylic ni best. lagi best dari reeves acrylic. warna dia sedikit cair dari reeves yang agak pekat. senang nak ratakan pada permukaan kertas yang aku guna ni. 


 warna hitam aku rasa rosak kot sebab aku picit pun liat nak keluar dan bila dah keluar tu nampak ketulan. hemm. patut rendam dalam air panas kah?


yang ni 7.5 ml je. http://alphacolor.com/

kbai.

Saturday, August 25, 2018

Lupita Nyong'o Acrylic Painting

kelmarin aku ada tengok video youtube sara tepes yang buat painting pasal 'getting started with oils'  


bawah ni lukisan saratepes

painting dia buat guna oil paint lawa gila. dia jual yang print kira-kira 13-19 dolar. hemm.  

kebanyakan lukisan aku lukis banyak aku tengok yang sara tepes punya sebab lawa sangat duh. rasa nak beli painting dia tapi tak mampu hahaa. 

aku cari gambar lupita; heroin dlm black panther bawah ni dlm pinterest


and aku start painting. aku guna akrilik sebab tak de cat minyak. kalau ada pun mungkin aku tak beli lah kot sebab mahal kan. tapi kalau jumpa yang murah aku sambar jer lepasnih. 


aku guna kertas arto 300 gsm waterkaler paper


 prtma kali aku painting kulit orang afrika guna akrilik. mula-mula biasalah rasa cam tak jadi je. aku sabar je masa buat nih smpai kesudah. lama jugakla nak siap.


bahagian kepala tu cam ada salah sikit. paling best bagi aku masa painting ialah rambut tuh. senang je nak buat dengan berus. lepastu telinga. telinga tu ok sikit aku buat. hidung pun nampak agak lawa dan bibir pun sama.

cat akrilik bagi aku dia susah nak handle sikit sebab cepat kering dan warna cat jugak tak lekat sangat pada berus. tp bila lukisan dah kering, akan nampak efek kilau. 

jenama akrilik yang aku guna : reeves

Tuesday, August 7, 2018

Mexicana Chicken Burger & Apple Pie

semalam sempat gak aku merasa mexicana chicken burger nih kat mcd kbmall. hemm. pagi kelmarin tak ramai orang sangat mungkin sebab kerja. jarang sekali aku makan di mcd bila pergi kbmall. tapi sebab kelmarin aku pergi ngan kawan aku bolehla merasa begerss yang aku teringin gak nak makan.


masa order tuh, aku mintak sekali dengan pie strawberry custard. malang nasib aku sebab akak tu cakap dah habis. duhh. laku sangat wehhhhhhhhhhh ~ x sempat aku nak merasa hemm. so aku order apple pie.









burger ni besaq mcm burger rio haritu. harga :

mexicana beger - rm 17.45
milo - rm 2.35
fries

apple pie - rm 2.35

beger nih rasa dia lagi ok banding ngn beger rio hari tu. pedas tak pun. ayam dia tebal dan besar. puas hati makan. sos dia sedap duh. ada keju. so far so good hahaha. rating aku bagi : 4 per 5. 

untuk apple pie rasa dia sedap dan agak manis. but masih boleh ditelan. dan rangup juga. sedap lah jugak bagi aku yang kempunan nak rasa strawberry pie tuh. 3.5 per 5 aku bagi. hemm

kbais.

Thursday, August 2, 2018

Acrylic Painting ~ Pantai Mangkuk, Terengganu, Malaysia

disebabkan bulan 7 aku duduk dalam rumah x keluar2 makanya aku mengalami satu masalah kebosanan dalam hidup. cuti ni aku x ternak lemak sangat lah haha. aku dah lama beli kanvas saiz a2 rasanya kat kedai buku tapi aku tak dak idea nak buat & nak lukis apa. lukis muka kan aku dah lukis. tbh tangan aku bila lukis sekarang jadi cam samPAH. HAHHA. mungkin disebabkan kemalasan agaknya. 

then aku dapat idea lepas jumpa tweet sorang budak nih. dia paint ombak & laut. siyesli lawa sangat. aku tak pernah lagi buat painting live ombak/air guna acrylic. cam susah but aku nak cuba jugak harituh haha. aku guna gambar yang aku edit masa aku melawati pantai mangkuk tu.

 

siyesli ombak putih tu failed gilers nak buat. haha. 

time blur

k. dah tengok video painting pantai kat utube. so aku guna teknik tu.



lukis part awan & langit tuh sangatlah best bagi aku 

tambahkan sedikit bukit ke tuh? 

ni gambar asli. lukisan aku taklah selawa dalam gambar nih tapi boleh la kens untuk permulaan bagi aku. uh aku painting nih tak sampai 2 3 jam dah siap. like siyesli dude hahaha. still amateur.  

bulehla klau nak tampal kat dinding bilik emm. ni 2nd painting aku atas kanvas. dia punya nebes tu tetap ada masa mengecat tuh. & terima kasih kpd mereka yang bagi galakkan untuk aku kat instagram. aku appreciate sgt. tak sangka ada gak orang dm aku. aku rasa dihargai. walaupun aku buat nih tak lah lawa macam deme yang pro.

kbai. :)

Sunday, July 15, 2018

MCDONALDS BRAZIL RIO BURGER CHICKEN EDITION SAMBA-LICIOUS!~


Petang ni IBARAT BULAN JATUH KE RIBA. kakak dan mak aku bawak balikss beger rio. hahha. alhamdulillah. walaupun aku lagi suka versi beef. tapi asal dapat rasa si rio ni pun jadi dah lers. emm.  ingatkan jumaat baru ni plan nak g mcd makan beger rio last tak jadi. tapi, harini. syukur jugak.

well, beger ni feberet aku selain pizzas. beger daging cheese yang kecik dijual tepi jalan tu kalau sebutir memang sangat x genap bagi aku. 3 ketul baru cukup tu pun nak merasa lagi kali yang keempat hahaha. siak betul. 


itu dia gais, tengok kotak pun dah lawa hahahahah.


eh, ada kertas pembalut!

cak cak, uu ayams. ingatkan besor padahal saiz biasa je. ekpektasi aku sungguh luar biasa. hemm.


ada gak si durian flurry nih. aku makan sesudu je tak leh go on ngan perisa durians nih. hahah. takut plak gastrik.


WALAUBAGAIMANAPUN, mende ni sedap jugak. kali pertama aku rasa durian flurry ni. 

SESI BERGAMBAR BERMULA..


 
Woi nak makan ke nak memain! beger ni bergetaq bila aku cuba ambik gambar hemm


cam bola dah kat bawah roti tu


cantiks plak gambar nih. kbai.

pendapat aku pasal beger ni setelah habis diratah dalam beberapa minit..:

beger ni bagus dan rasa dia ok. ok sahaja bagi aku tak lebih dari tu. sos dia banyak rasa lada hitam dan sedikit kekopian. tapi tak rasa sangat sebab tenggelam sebab rasa sos lada hitam tuh. pedas tu tak de lah pedas sangat. bagi aku pedas dia biasa-biasa sahaja, and ada banyak sayur campur. aku telan semua. ayat cliche, so far so good. ayam je ada yang beef dah habis stok kakak aku cakap. makanya disini aku bagi 3 per 5 bintang utk edisi beger rio ayam. 

kbais.

Wednesday, July 4, 2018

New Stylus Pen Version 2

salam.

 

beberapa minggu lepas aku ada order pen stylus yang baru disebabkan aku rasa kurang selesa dengan pen sebelum ni (baca disini) di lazada. kali ni pen ni agak 'mahal' berbanding yang baru ni. lagi panjang dan yang penting tangan aku rasa macam pegang pen ketika melukis dalam ipad. aku rasa ni lagi sedap guna dan lukisan yang aku lukis pun agak ok. hahhaa.

tangan aku smooth je bila melukis tapi aku masih memerlukan drawing glove untuk memberi keselesaan yang lebih dasyat semasa melukis. so far aku rasa puas hati ada pen macam ni :) dahla cepat sampai. terbaik servis lazada.


via : picsart color paint

Thursday, June 14, 2018

Trip Travelogue to Pantai Penarik, Pantai Mangkuk dan Pantai Rhu, Terengganu, Malaysia

hola, 

untuk subjek teknik persembahan visual sem 2 ni aku banyak belajar pasal gambar, video, fotografi. kos ni bagus dan kelas pun rilek chill je pensyarah yang mengajar tu. makanya tak de lah gua stress tahap cipan seperti subjek yang lain. esaimen subjek ni pun mudah je best pulak tuh dapat pegi bercuti. hahaha. buat video travelogue. kawan aku dah upload kat youtube. hahaha. tak tergamak aku nak tengok muka sendiri. hemm. 

kumpulan aku pilih untuk pergi ke pantai di terengganu. best giler weh sampai sini. air biru. tenang je. dah lama aku tak tengok laut. hemm.

 

terima kasih kepada aku sendiri sebab semua gambar dan video kebanyakannya aku yang ambik hahahahaah. gambar diatas diedit menggunakan aplikasi a color story.  via ; oppo neo 7 camera smartphone

 PANTAI PENARIK

 

ni kali pertama aku singgah ke pantai penarik. masa tingkatan 6 dulu aku dah sampai sini masa rombongan ke unisza tapi tak singgah kat pantai. tapi pantai penarik sumpah lawa. perjalanan ke terengganu kira jauh jugaklah sampai-sampai kira-kira pkul 12 tengahari. sakit gak tulang pinggang aku duduk dalam kete emm. 

siap makan seafood terengganu macam biasa ler tak sah tak singgah tganung kalu dok ghase colenk ye. udang nga sutong celup tepung sedap hemm. tapi kesian tak sempat aku nok shoot gambor. hemm. lapor weh mase tuh.



 

aku siap bawak balik kulit siput sebagai kenangan ke pantai penarik. 


 

air dia memang lawa betul. sedih tak dapat mandi hahaha. peye la nok mandi tengoh hari buto nih hahaa

 

PANTAI MANGKUK

 

pantai mangkuk ni bersambung-sambung je pantai dia. pantai sama je. pantai ni cam sunyi tak dak orang sangat maklumla dah zohor. ada nelayan kat laut tu.


 

mangkuk ni sirius paling lawa tempat shoot.






 PANTAI RHU

 

pantai terakhir kami pergi kat pantai rhu. ramai jugak orang kat sini. siap ada geng konvoi moto besar. kat sini cam banyak pondok buluh. dan paling sadisnya banyak sampah kat sini. hemm. 




balik tuh memang terasa letih tapi bila tengok gambar, berbaloi dengan wang yang telah dihabiskan. pengalaman dan kenangan tu penting. sebelum balik kelantan, kami singgah kat sata roll? sedap sata dia letak dalam kulit popia. hemm. tganung memang sedap ah makanang kepok, sata hemm.