hola gais,
haraplah aku boleh makan 2 ketul burger ayam hari ni. seharian tak makan nasik. kelmarin dulu pun sama. lama-lama makan nasik puas jugak aku. lauk sama je. kalau aku balik rumah memang sentiasa telan nasik. mungkin aku sudah terbiasa menelan masakan mak aku kat rumah. jadinya begitulah coghitonyo.
sejak masuk sini aku memang dah mula kumpul duit hijau rm 5 tu dan duit oren rm 20. dapat je duit tu terus simpan dalam beg lain. duit tu aku asingkan untuk membeli sebarang barangan kemahuan aku ataupun terdesak sekiranya duit belanja sudah hampir menemui kegagalan.
bulan ni aku beli alpha watercolour 13 batang je pastu arto watercolour cold press saiz a2. dah lama nak beli tapi aku asyik pikir membazir je kalau beli haha. tapi, aku beli jugak untuk kepuasan hati aku. selagi tak beli selagi tu lah aku duk ushar mende tuh. huuhu.
harga alpha watercolour memang mahal sikit la (rm 58) sebab barang dari korea. bila guna lak memang rasa lain sangat dengan watercolour yang lain yang pernah aku guna terutamanya jenama buncho. memang puas hati la guna mende alpha tu, padanlah sangat dengan harga dia.
untuk arto watercolour paper lak, aku suruh kawan aku yang keluar shopping tu belikan. kertas tu tak mahal sangat bagi aku. harganya dalam rm 13 lebih camtu. saiz a2 tu boleh je potong 8. jimat sikit.
tagune betul aku, nak final tapi main watekaler. hemmm
***
untuk sem 2 ni aku tengok sama banyak je subjek dengan sem 1. hmm. cuma aku rasa untuk sem 2 ni banyak main komputer kot. tapi sem 1 aku dah ambik bi2, jadi, boleh drop satu subjek. jadi, 7 subjek je untuk sem 2 mudah-mudahan.
lapar weh, mana beger aku =..=